Framer, Alat Bina Laman Web Mesra Pereka Grafik

Jika anda seorang Pereka Grafik yang berminat untuk menceburi bidang Web Design, ini adalah alat terbaik yang anda perlu cuba.
Zaim Asri
Pengasas
Web Development
10
min
masa membaca
Penulisan oleh
Zaim Asri
UI Visual Developer
Diterbit pada
15
August
2024
Sunday

Ini adalah FRAMER. Tool Framer ini jika dibandingkan dengan Webflow atau Wordpress, dari pengalaman saya sendiri, Framer adalah web builder tool yang paling:

  • Mesra Designer. Anda ada staf designer yang dah mahir Figma? sekejap sahaja dia boleh adapt dengan Framer.
  • Mudah diuruskan. Nak ubah layout? buka je Framer, terus tarik2 sahaja macam menggunakan tool design. Tiada code.
  • Cepat untuk develop jadi live. Nampak butang biru di bahagian atas sekali sebelah kanan? Click itu, pilih Custom Domain, pilih option auto connect. Ia akan auto connect dengan domain yang anda beli daripada domain provider seperti GoDaddy, Namecheap & lain-lain

Di Framer anda boleh pilih pakej untuk host kan website anda

Dalam mana-mana Web Builder zaman sekarang, CMS adalah fungsi yang sering menjadi selling point mereka

CMS merupakan fungsi di mana anda boleh menguruskan koleksi sesebuah data yang dinamik iaitu data seperti blog, berita dan lain-lain konten di website yang kerap dikemaskini.

Jika anda lihat pada gambar rajah di atas di mana saya highlight CMS Items & CMS Collections. Ini penerangannya:

  • CMS Collections: Merupakan koleksi CMS. Sebagai contoh jika anda create 1 koleksi khusus untuk artikel-artikel blog, maka itu dikira sebagai 1 koleksi CMS. Iaitu koleksi-koleksi artikel blog. Jadi jika anda ingin menambah koleksi lain seperti koleksi berita, maka itu akan dikira sebagai koleksi baharu. Jadi koleksi anda akan dikira 2 koleksi. Koleksi Blog & Koleksi Berita.
  • CMS Items: Merupakan item di dalam setiap koleksi. Jika anda telah menghasilkan 5 tajuk artikel, maka item anda di dalam koleksi artikel blog dikira sebagai 5 item.

Dalam gambar rajah di atas, anda boleh melihat untuk pakej Framer:

Mini (1 Halaman)

  • Anda akan mendapat 1 halaman sahaja. Jika anda ada lebih dari 1 halaman, anda akan dihalang dari publish live website anda. Anda perlu delete kesemua halaman lain sehingga tinggal 1 halaman sahaja.
  • Tiada CMS. Bermakna anda tidak boleh create sebarang data dinamik seperti diterangkan di atas

Use Case Pakej Mini: Pakej ini hanya sesuai untuk Landing Page. Sebagai contoh jika anda meletakkan link di ruangan Bio Instagram, di mana kebiasaannya orang menggunakan Linktree, di mana ia hanya memaparkan banyak-banyak link, anda boleh gunakan Framer untuk menghasilkan sesuatu seperti linktree tetapi lebih menarik & lebih custom.

Basic (150 Halaman)

  • Untuk pakej ini anda boleh create sehingga 150 halaman (tidak termasuk halaman CMS)
  • 1 Collection CMS dengan limitation sebanyak 1000 items.
Tips & Trik Untuk Meningkatkan Prestasi & Pegalaman Pengguna Laman Web Anda!
Dapatkan panduan terkini dan strategi terbaik untuk mengurus dan meningkatkan prestasi serta pengalaman pengguna laman web anda!
Anda berjaya melanggan.
Terima Kasih!
Harap Maaf, pendaftaran gagal. Sila cuba sekali lagi. Terima Kasih

Topik-topik lain

Web Development

Bawa Perniagaan Anda ke Peringkat Global dengan Ciri Lokalisasi Webflow

Dalam era digital yang berkembang dengan pesat, platform digital yang kukuh bukan sahaja penting untuk pasaran tempatan, tetapi membolehkan perniagaan anda mencapai pasaran global.

Zaim Asri
9
Oct
2024
Pembacaan 5 minit
UI/UX Design

Apa itu Wireframes?

Zaim Asri
15
Aug
2024
Pembacaan 5 minit
By clicking “Accept All Cookies”, you agree to the storing of cookies on your device to enhance site navigation, analyze site usage, and assist in our marketing efforts. View our Privacy Policy for more information.