Rahsia Mobile App Berkesan, Tetapkan Objektif Projek Dengan “Problem Statement”

Zaim Asri
Pengasas
UI/UX Design
10
min
masa membaca
Penulisan oleh
Zaim Asri
UI Visual Developer
Diterbit pada
20
August
2024
Sunday

Dalam UI/UX Design, Problem Statement atau Penyataan Masalah adalah sebuah penyata atau draf ringkas yang menggambarkan masalah yang dihadapi oleh pengguna dengan jelas. Penyataan Masalah adalah seperti merumuskan sebuah pertanyaan yang ingin kita jawab melalui design yang kita hasilkan.

Jika anda seorang UI/UX Designer yang sedang dalam projek reka bentuk Mobile Apps, Penyataan masalah bukan sahaja membantu mengenal pasti isu utama, malah membolehkan pasukan pembina (Developer) Mobile Apps mengoptimumkan sumber dengan lebih berkesan. Penyataan Masalah mengariskan Isu Semasa dan ke mana Arah Tuju atau Matlamat projek yang ingin dicapai

Mengapa Penyataan Masalah Penting?

Penyataan masalah membantu mengelakkan pembaziran masa dan kos dalam pembangunan aplikasi mudah alih.

Ia memberikan fokus yang jelas kepada pasukan yang terlibat dalam projek, memastikan setiap ciri yang dibangunkan menyumbang kepada penyelesaian masalah utama.

Tanpa Penyataan Masalah, projek pembinaan aplikasi mudah alih bermungkinan besar akan hilang arah tuju dan akan menjadi semakin kompleks dengan penambahan fungsi-fungsi yang tidak menyelesaikan masalah utama.

"Bagaimana Hendak Menyelesaikan Masalah Jika Kita Sendiri Tidak Mengetahuinya? Inilah peranan Penyata Masalah"

Cara Mengeluarkan Penyataan Masalah

Terdapat 3 persoalan penting yang perlu dijawab dalam mengeluarkan Penyataan Masalah rasmi:

  1. Sekarang terdapat kekurangan...
  2. Ini menyebabkan...
  3. Kami berhasrat untuk...

Contoh Penyataan Masalah untuk Aplikasi LMS Mudah Alih:

  1. Sekarang Terdapat kekurangan akses mudah alih yang berkesan kepada bahan pembelajaran dalam sistem LMS sedia ada.
  2. Ini menyebabkan pelajar menghadapi kesukaran untuk mengakses dan mengikuti kursus mereka apabila berada di luar kampus atau pejabat, mengakibatkan penurunan dalam penglibatan dan pencapaian pembelajaran.
  3. Kami berhasrat untuk membangunkan aplikasi LMS mudah alih yang membolehkan pelajar mengakses bahan pembelajaran dengan mudah, berinteraksi dengan pengajar dan rakan sekelas, serta mengurus tugasan mereka dari mana-mana lokasi dan pada bila-bila masa.

Dengan penyataan masalah ini, pasukan pembangunan (developer) dapat:

  1. Fokus pada Ciri Utama: Memberi keutamaan kepada fungsi yang memudahkan akses kepada bahan pembelajaran dan interaksi dalam aplikasi.
  2. Merancang Sumber dengan Bijak: Mengagihkan masa dan tenaga kepada aspek yang paling kritikal untuk menyelesaikan masalah akses mudah alih.
  3. Mengurangkan Pembaziran: Mengelakkan pembangunan ciri-ciri yang tidak berkaitan langsung dengan masalah utama.
  4. Meningkatkan Keberkesanan: Memastikan setiap langkah pembangunan menyumbang kepada penyelesaian masalah akses dan penglibatan pelajar.
  5. Mengukur Kejayaan: Menetapkan penanda aras yang jelas untuk menilai keberkesanan aplikasi dalam menyelesaikan masalah yang dikenal pasti.

Kesimpulan

Dengan menggunakan penyataan masalah sebagai panduan, pasukan pembangunan aplikasi LMS mudah alih dapat mengoptimumkan penggunaan sumber mereka. Ini bukan sahaja menjimatkan masa dan kos, tetapi juga memastikan produk akhir benar-benar menyelesaikan keperluan pengguna. Penyataan masalah yang jelas adalah kunci kepada pembangunan aplikasi yang bukan sahaja berfungsi, tetapi benar-benar memberi impak kepada pengalaman pembelajaran pengguna.

Tips & Trik Untuk Meningkatkan Prestasi & Pegalaman Pengguna Laman Web Anda!
Dapatkan panduan terkini dan strategi terbaik untuk mengurus dan meningkatkan prestasi serta pengalaman pengguna laman web anda!
Anda berjaya melanggan.
Terima Kasih!
Harap Maaf, pendaftaran gagal. Sila cuba sekali lagi. Terima Kasih

Topik-topik lain

Web Development

Bawa Perniagaan Anda ke Peringkat Global dengan Ciri Lokalisasi Webflow

Dalam era digital yang berkembang dengan pesat, platform digital yang kukuh bukan sahaja penting untuk pasaran tempatan, tetapi membolehkan perniagaan anda mencapai pasaran global.

Zaim Asri
9
Oct
2024
Pembacaan 5 minit
Web Development

Framer, Alat Bina Laman Web Mesra Pereka Grafik

Jika anda seorang Pereka Grafik yang berminat untuk menceburi bidang Web Design, ini adalah alat terbaik yang anda perlu cuba.

Zaim Asri
15
Aug
2024
Pembacaan 5 minit
UI/UX Design

Apa itu Wireframes?

Zaim Asri
15
Aug
2024
Pembacaan 5 minit
By clicking “Accept All Cookies”, you agree to the storing of cookies on your device to enhance site navigation, analyze site usage, and assist in our marketing efforts. View our Privacy Policy for more information.