Sekolah Anak Malaysia
.webp)
Tentang Projek
LeapEd Sdn. Bhd. menghubungi kami bagi mendapatkan perkhidmatan Branding & Web Design. Kami menawarkan servis konsultasi bagi membina brand & website mereka.
Kami bantu pasukan LeapEd untuk membuat keputusan bagi 2 platform pilihan mereka di antara Framer & Webflow. Selepas sesi "brain storm" kami faham bahawa:
- Mereka perlukan website yang mudah diuruskan sendiri
- Platform yang tidak terlalu teknikal
- Boleh di "publish" dengan pantas
- Mesra pereka grafik supaya staf grafik mereka mampu edit sendiri (DIY)
- Ini juga membantu pereka grafik LeapEd mereka bentuk sendiri susun atur laman web mereka.
- Mereka perlukan website yang dapat menonjolkan kredibiliti jenama SAM Education
- Akhir sekali mereka mengidamkan laman web yang menonjolkan "look & feel" branding mereka yang kami tawarkan dalam fasa branding.
Dengan info-info ini, kami mencadangkan kepada mereka agar menggunakan platform Framer
Framer merupakan salah satu platform tanpa kod yang paling mudah digunakan jika dibandingkan dengan Webflow dan Wordpress
Ini kerana Framer lebih mesra pereka grafik kerana pendekatan kaedah pembinaannya adalah seperti mereka bentuk antaramuka pengguna (UI Design) yang pereka grafik sudah pun mahir.
Ini telah menyelesaikan masalah pasukan LeapEd pada poin nombor 4 yang kami senaraikan di atas. *Kami akan berkongsi lebih lanjut tentang Framer di dalam artikel lain. Langgan newsletter kami untuk mendapatkan notifikasi dari email anda.
Keputusan untuk pasukan LeapEd memilih untuk memilih Framer sebagai platform untuk bina website SAM Education diperkuatkan lagi dengan teknologi terbaru yang kami perjelaskan kepada mereka.
Teknologi ini akan membantu keberkesanan proses untuk menterjemahkan branding mereka ke dalam website semudah copy & paste sahaja.
Teknologi itu adalah dengan menggunakan plugin Figma to Framer. Plugin ini memudahkan transisi UI/UX Design dari Figma ke Framer. Figma merupakan alat yang semakin popular & telah ramai pereka grafik menggunakannya untuk mereka bentuk laman web serta produk digital. Jadi ini akan memudahkan lagi kerjasama di antara pembina laman web (Web Developer) & Pereka Laman Web (UI/UX Designer)
Fasa 1: Penjenamaan (Branding)
Di dalam proses ini, kami menggunakan Figma & Photoshop untuk mencipta branding SAM Education.
Fasilitasi Branding SAM Education & Proses Kami Menciptanya
Logo SAM Education yang telah disediakan oleh LeapEd merupakan sebuah logo yang di inspirasikan dari Bunga Raya. Sepanjang sesi fasilitasi bersama pasukan LeapEd, kami faham bahawa mereka ingin membawa identiti Malaysia di dalam branding ini.
Dengan pengetahuan ini, kami mencadangkan mereka menggunakan Warna Harmoni "Square Split" di mana warna brand terbahagi kepada 4 penjuru.

Kami juga menjalankan beberapa kuiz bagi menentukan "look & feel" untuk memahami lebih tepat imaginasi mereka.

Memulakan gerak kerja mencipta Panduan Jenama (Branding Guideline)
Setelah selesainya sesi fasilitasi, kami mulakan gerak kerja bagi garis panduan jenama (branding guideline) yang akan menjadi panduan buat pasukan kreatif LeapEd untuk menjalankan kerja-kerja pemasaran (marketing) seperti:
- Mereka Bentuk Grafik (Graphic Design)
- Fotografi & Videografi
- Penggunaan logo serta pantang larangnya
- Warna yang sesuai & kesalahan warna yang perlu dielakkan
- Variasi logo & bila perlu gunakan setiap satu dari variasi tersebut
- Dan pelbagai lagi panduan branding yang memenuhi 65 halaman buku branding SAM Education
.jpg)
Ini adalah salah satu contoh-contoh variasi logo di mana kami hasilkan 3 jenis iaitu:
- Logo Utama (Primary Lockup)
- Ikon Sahaja (Icon-Only)
- Tanda Perkataan (Wordmark)
Variasi logo seperti ini bergantung kepada jenis logo tersebut. Kadang kala ada juga logo yang boleh terhasil sehingga 4 variasi.
Galeri Buku Branding SAM Education (65 halaman keseluruhannya)
.jpg)
.jpg)
Cara kami berkomunikasi dengan pasukan LeapEd
Maklum balas secara live di Figma. Dengan menggunakan kelebihan teknologi yang ada, kerjasama di antara Senigrafik & LeapEd berjalan dengan lancar. Sebagai contoh dalam tangkap layar di bawah, maklum balas seperti copywriting, dapat di komen secara live di dalam perisian Figma.

Sejurus selesainya fasa branding, kami bantu SAM Education dengan menghasilkan draft awal susun atur laman Web
Projek-projek lain

Cinta Gaza Malaysia (CGM)

Atas Awan

Olive House Selatan

Mannol Malaysia

99 Islands Diver
.webp)