Perbezaan UI/UX Designer & Web Developer
Dalam dunia pembinaan rumah, terdapat peranan yang berbeza-beza untuk membina sebuah rumah yang selesa dan berkualiti. Begitu juga dalam dunia digital, terdapat peranan yang berbeza untuk membina laman web yang baik. Mari kita bandingkan dengan pembinaan rumah untuk lebih mudah difahami.
Pereka UX (User Experience): Arkitek
Pereka UX adalah seperti arkitek dalam pembinaan rumah. Mereka merangka dan mengukur segala-galanya dengan teliti untuk memastikan penghuni rumah dapat mengalami pengalaman yang baik semasa tinggal di dalamnya.
Mereka mengkaji bagaimana pengguna akan berinteraksi dengan laman web dan membuat strategi untuk memastikan pengalaman pengguna yang lancar dan berkesan.Bidang ini semakin popular sejak tahun 2020. Apabila semakin ramai pengguna digital, maka semakin ramai peniaga perlu berpindah dari gerai fizikal ke gerai digital.
Cabaran gerai digital adalah tiada staf yang akan melayan pelangan anda. Lebih mencabar lagi apabila pengalaman pengguna website anda tidak memuaskan, tiada pelanggan yang akan maklumkan kepada anda tentang kekurangan itu.Di sinilah peranan seorang UX Designer bagi memastikan pengalaman di website anda sama baik dengan pengalaman gerai fizikal yang ada staf.
Pereka UI (User Interface): Pereka Dalaman
Pereka UI adalah seperti pereka dalaman dalam pembinaan rumah. Mereka bertanggungjawab untuk mencipta paparan visual laman web yang menarik dan mudah digunakan. Mereka membuat reka bentuk butiran, warna, dan susun atur yang menarik supaya pengguna dapat berinteraksi dengan laman web dengan lancar.
Berperanan sama seperti seorang pereka model 3D kecil rumah, sebelum dibina oleh kontraktor, mereka juga mencipta prototaip untuk mempamerkan laman web sebelum ia dibangunkan sepenuhnya.Proses ini dapat mengurangkan kesilapan & menjimatkan kos daripada membina sebuah website yang tidak di uji kebolehgunaannya.
Pembangun Laman Web: Kontraktor Bangunan
Pembangun laman web adalah seperti kontraktor dalam pembinaan rumah.
Mereka mengambil reka bentuk dari pereka UI/UX dan membangunkan laman web yang sebenar.
Seperti kontraktor yang membina rumah agar dapat diduduki dan digunakan, pembangun laman web membuat kod dan struktur laman web agar berfungsi dengan baik.
Mereka juga memastikan laman web sesuai dengan keperluan pengguna dan berfungsi dengan lancar di pelbagai peranti dan pelayar web.
Kesimpulan
Dengan perbandingan ini, lebih mudah untuk anda fahami peranan yang berbeza tetapi saling berkaitan di antara pereka UI/UX dan pembangun laman web dalam mencipta pengalaman digital yang hebat.