Kelebihan Webp berbanding Jpeg dalam Website Anda

Zaim Asri
Pengasas
Web Development
10
min
masa membaca
Penulisan oleh
Zaim Asri
UI Visual Developer
Diterbit pada
16
August
2024
Sunday

Kenapa "Load Time" sangat penting?

Tahap kelajuan load time website anda memainkan peranan yang sangat penting dalam dunia digital hari ini.

Menurut kajian dari sebuah artikel di Hobo (SEO Consultancy) mendapati bahawa:

  • Laman web anda perlulah dimuatkan oleh pelayar internet sepantas yang boleh.
  • 1-2 saat merupakan masa memuat (load time) yang ideal
  • 53% pelawat yang menggunakan telefon pintar akan memadam / meninggalkan website anda jika ia mengambil masa lebih dari 3 saat

Dari info ini, boleh dirumuskan bahawa secara purata, website anda tidak boleh mengambil masa lebih lama dari 3 saat sebelum pelangan anda tinggalkan website anda.

Halaman website yang mengambil masa yang lama untuk dimuatkan akan menyebabkan purata conversion website anda jatuh sebanyak 4%.

Disinilah gambar dalam format “Webp” akan dapat membantu menyelesaikan masalah ini.

Tambahan pula pada tahun 2024, kebanyakkan pelayar internet seperti Google Chrome, Safari, Microsoft Edge & lain-lain telah pun menyokong format gambar webp ini.

Pelayar-pelayar internet yang menyokong format webp

Panduan ini akan membantu anda membuat keputusan sama ada sesuai & bersedia atau tidak website bagi menggunakan format Webp sepenuhnya

  • Apa itu Fail Webp?
  • Webp vs Format Gambar lain

Format WebP ini pertama kali diperkenalkan pada 20 September 2010 oleh Google. WEBP merupakan fail yang lebih kecil berbanding JPEG bagi kualiti gambar yang sama.

Kelebihan Fail WebP

WebP menawarkan fungsi unik & kelebihan terhadap optimasi kelajuan memuat naik website anda ke pelayar internet.

Ini merupakan beberapa info yang anda boleh tentukan bilakah waktu terbaik untuk anda implentasikan format gambar Webp di website anda

Jenis Fail Yang Dicipta Khusus Untuk Paparan Digital

Berbeza dari JPEG di mana asal usul ciptaannya adalah untuk kegunaan kamera, WebP dicipta khusus untuk memampatkan (compress) grafik di paparan digital.

Memampatkan Gambar & Tangkap Layar

Fungsi WebP “Lossy Compressed Image” boleh mengantikan gambar format JPEG dengan output saiz yang dioptimasikan menggunakan proses “lossy compression” baharu

Tips & Trik Untuk Meningkatkan Prestasi & Pegalaman Pengguna Laman Web Anda!
Dapatkan panduan terkini dan strategi terbaik untuk mengurus dan meningkatkan prestasi serta pengalaman pengguna laman web anda!
Anda berjaya melanggan.
Terima Kasih!
Harap Maaf, pendaftaran gagal. Sila cuba sekali lagi. Terima Kasih

Topik-topik lain

Web Development

Bawa Perniagaan Anda ke Peringkat Global dengan Ciri Lokalisasi Webflow

Dalam era digital yang berkembang dengan pesat, platform digital yang kukuh bukan sahaja penting untuk pasaran tempatan, tetapi membolehkan perniagaan anda mencapai pasaran global.

Zaim Asri
9
Oct
2024
Pembacaan 5 minit
Web Development

Framer, Alat Bina Laman Web Mesra Pereka Grafik

Jika anda seorang Pereka Grafik yang berminat untuk menceburi bidang Web Design, ini adalah alat terbaik yang anda perlu cuba.

Zaim Asri
15
Aug
2024
Pembacaan 5 minit
By clicking “Accept All Cookies”, you agree to the storing of cookies on your device to enhance site navigation, analyze site usage, and assist in our marketing efforts. View our Privacy Policy for more information.