Panduan Lengkap Harga Pelan Langganan Webflow
Webflow merupakan alatan pembina laman web (Web Builder Tool) seperti Wordpress.
Namun Webflow mula berkembang pesat secara global dan kini mereka memiliki 3.5 juta pengguna aktif.
Soalan yang selalu ditanya apabila mereka ingin bermula, untuk melaburkan masa bagi menguasai software ini, adalah tentang Harga
Tidak dapat dinafikan harga Webflow agak mengelirukan buat pengguna yang pertama kali melihatnya.
Ini adalah penerangan tentang harga langganan Webflow. Di akhir penulisan ini anda akan dapat merumuskan sendiri sama ada berbaloi atau tidak untuk mempelajari Webflow?
Senarai Kandungan
- Pelan Paling Merugikan
- Pelan E-Commerce
- Bisnes Yang Sesuai Menggunakan E-Commerce Webflow
- Kos Sebenar E-Commerce Webflow
- Pelan Workspace
- Penerangan Workspace
- Kategori Workspace
- Kelebihan Backup Di Webflow
- Rumusan
- Pelan Mengikut Tahap Kemahiran Atau Senario Kegunaan (Use Case)
- Harga Kesemua Pelan Webflow Dalam Ringgit Malaysia
- Kata Penutup
Pelan Langganan Webflow
Di halaman Harga Webflow ini terhadapat 2 section iaitu:
- Site Plans
- Workspace Plan
Site Plans (General)
*Dalam penulisan ini, admin hanya kongsikan pelan tahunan sahaja
Ini merupakan pelan langganan Webflow yang menawarkan Hosting yang dikuasakan oleh Amazon Web Server (AWS) yang ada fungsi CDN (Content Delivery Network).
Hosting ini sama sahaja seperti hosting-hosting yang lain seperti Serverfreak, Exabyte, NetKL, Hostinger dan lain-lain.
Seperti hosting yang dinyatakan ini, kebanyakkannya akan upsell domain sekali kepada pelanggan.
Berbeza dengan hosting Webflow yang tidak menawarkan domain.
Ramai berpendapat Hosting Webflow sedikit mahal berbanding Hosting seperti senarai di atas di mana anda boleh host laman web anda serendah RM 100 setahun. Di dalam Site Plans General Webflow ini, terdapat 5 pakej iaitu:
- Starter (Percuma)
- Basic (RM 784/Setahun)
- CMS (RM 1,288/Setahun)
- Business (RM 2,184/Setahun)
- Enterprise (Perlu berhubung dengan Webflow Sales Support)
"Harga ini berubah ikut kadar tukaran semasa mata wang USD & MYR". Ini harga semasa (2 Julai 2023).
Untuk pelan starter, anda terhad kepada 1 halaman sahaja. Namun ada tekniknya jika anda ingin menggunakan lebih dari 1 halaman walaupun pada pelan Starter. Boleh baca di laman FB Admin.
Pelan ke 2 adalah Basic, admin tidak galakkan anda mengambil pelan ini kerana tidak berbaloi.
Pelan Paling Merugikan
Pada pendapat admin, pelan Basic ini bermungkinan bertindak sebagai strategi harga "Decoy Pricing" , di mana harganya terlalu hampir dengan pelan seterusnya, iaitu pelan CMS yang jauh lebih berbaloi berbanding Basic.
Kenapa admin berpendapat begitu kerana, kelebihan Webflow berbanding Web Builder lain adalah fungsi CMS nya.
Jika anda menggunakan pelan Basic, maka kelebihan Webflow tidak digunakan sepenuhnya, dan anda akan banyak membazirkan masa dengan development yang manual tanpa bantuan CMS. Gambar rajah di bawah contoh CMS
Jadi itu adalah serba sedikit tentang Site Plans yang merupakan hosting Webflow.
Tidak dinafikan harganya sedikit mahal berbanding pesaing.
Akan tetapi jika anda telah mula mencuba Webflow CMS, anda akan faham betapa bergunanya fungsi itu dan agak berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Ini contoh CMS.
Admin akan menulis artikel khas tentang CMS. Sila tinggalkan email anda di bawah jika berminat dengan penulisan berkaitan Webflow.
Oleh itu jika anda ingin melanggan Webflow, admin nasihatkan ambil pelan CMS dan ke atas sahaja.
Site Plans (E-Commerce)
Bagi pelan E-Commerce pula. Webflow menawarkan 3 pelan iaitu Standard, Plus dan Advanced. Untuk pelan ini admin tidak ingin bercerita terlalu panjang kerana kurang menarik. E-Commerce Webflow terlalu Basic.
Namun jika anda berniat untuk menggunakan Webflow sebagai E-Commerce, ini kos nya. Agak besar.
- Standard (RM 1,624)
- Plus (RM 4,143)
- Advanced (RM 11,868)
Bisnes Macam Mana Sesuai Guna Webflow E-Commerce?
Jadi siapakah sasaran audience Webflow untuk pelan E-Commerce ini?
Pada pandangan admin, E-Commerce di Webflow ini, berkemungkinan mereka mensasarkan bisnes berjenama besar yang memerlukan pameran produk yang outstanding di laman web mereka.
Dan dalam masa yang sama produk mereka simple sahaja. Tiada variasi produk yang terlalu banyak dan kompleks.
Jadi jika anda tidak memerlukan kesemua yang dinyatakan di atas, adalah lebih baik jika anda menggunakan alternatif lain seperti Shopify atau Wordpress, memandangkan laman web yang telah dibina di Webflow boleh di convert menjadi Shopify atau Wordpress menggunakan Udesly.
Kos Sebenar E-Commerce Webflow
Seperti anda lihat pada gambar rajah di atas ini, pelan E-Commerce Webflow antara yang agak pricey berbanding alternatif yang lain.
Untuk pelan E-Commerce Standard (RM 1,624/setahun), walaupun harganya tidak terlalu jauh beza berbanding pelan CMS (RM 1,288/setahun), tetapi anda akan dikenakan caj sebanyak 2% bagi setiap transaksi jika anda menjual produk.
Namun harus admin huraikan lebih lanjut kerana itu bukanlah kos akhir yang perlu anda fikirkan.
Disebabkan Payment Gateway yang built-in bersama Webflow hanyalah Stripe & Paypal, maka anda perlu menanggung kos keseluruhan bersamaan (2% + 3% + RM 1) bagi setiap transaksi jika anda gunakan Stripe.
Anda hanya perlu menanggung kos Stripe (3% + RM 1) sahaja jika anda melanggan pelan E-Commerce Plus. Tetapi bulanannya pula agak mahal (RM 4,143/setahun).
Lihat yuran transaksi Stripe
Lihat yuran transaksi Paypal
Jadi anda boleh tentukan sendiri mana satu jalan terbaik jika anda perlu menggunakan E-Commerce.
Workspace Plans
Selain pelan Hosting, Webflow juga menawarkan pelan Workspaces yang terbahagi kepada 2:
- For in-house team
- For freelancers & agencies
Sebelum admin terus terangkan beza bagi kedua-dua kategori ini, admin jelaskan terlebih dahulu apa beza Workspace & Hosting?
Ramai yang keliru dengan pelan ini. Dan belum habis keliru di antara Site Plans & Workspace, di dalam Workspace itu sendiri juga ada kategori yang menambahkan lagi kekeliruan.
Kebiasaannya admin mendapat persoalan, Site Plan sahaja dah mahal. Kena tambah pula ambil Workspace Plan?
Pada awalnya semasa admin sendiri baru cuba menjinakkan diri menggunakan Webflow.
Admin juga tertanya-tanya apa perbezaannya & pelan mana yang lebih berbaloi untuk di langgan untuk seorang newbie ni?
Admin akan jawab soalan ini, teruskan membaca.
Baiklah sekarang admin jelaskan dahulu. Workspace adalah Ruang Kerja
Penerangan Workspace
Walaupun terma Workspace ini bermaksud "Ruang Kerja", tetapi untuk lebih mudah faham, anda anggap sahaja seperti anda melanggan pelan Adobe.
Workspace ini sama sahaja seperti anda langgan software-software lain seperti Adobe yang juga ada pelan For Student, For Invidual dan For Business.
Anda melanggan untuk menggunakan Webflow sebagai software untuk buat kerja web development secara visual mengikut standard practice code sebenar.
Dan pada akhirnya code itu boleh di export keluar. Itu salah satu features yang ada pada Workspace tetapi tiada pada Site Plans.
Kategori Workspace
Di dalam Workspace terdapat 2 sub-category dan salah satunya disebut sebagai "For in-house teams".
Kategori Workspace (For in-house)
- Starter (Percuma)
- Core (RM 1,064)
- Growth (RM 2,744)
- Enterprise (Contact Sales)
Seperti namanya, ia sesuai untuk pasukan in-house sesebuah organisasi.
Pelan ini membolehkan mereka beramai-ramai menggunakan Webflow sebagai software untuk kerja Visual Web Development bagi kegunaan dalam organisasi itu sendiri.
Kategori Workspace (For freelancers & agencies)
- Starter (Percuma)
- Freelancer (RM 896/setahun)
- Agency (RM 1,960/setahun)
Manakala For freelancers & agencies pula sesuai untuk freelancer atau agensi yang bekerja dengan klien yang ramai dan kerap memindahkan project Webflow ke luar organisasi.
Poin Utama
Poin utama di sini adalah, kategori freelancer & agensi adalah mereka yang bina website, kemudian transfer website tersebut kepada klien untuk klien langgan sendiri Site Plans (Hosting) di account Webflow mereka sendiri.
Ini memudahkan urusan untuk klien perbaharui langganan Webflow mereka setiap tahun & mendapat hak milik terhadap fail Webflow itu sendiri.
Dalam masa yang sama juga, kelebihan Project Transfer di Webflow ini juga mengurangkan bebanan freelancer bagi mengingatkan klien untuk perbaharui langganan mereka, jika tugasan renew itu terletak pada freelancer.
Seperti admin sendiri yang ada pengalaman menggunakan Wordpress di mana jika klien terlupa perbaharui hosting, domain & hosting mereka akan hilang dan tidak boleh didapati semula sekiranya tiada backup.
Kemudian freelancer yang akan dipersalahkan walaupun mereka telah remind klien banyak kali.
Kelebihan Backup di Webflow
Di Webflow, setiap projek akan menggunakan hosting tumpangan sementara untuk staging site di sub domain webflow.io
Jadi walaupun klien terlupa perbaharui atau kekangan bajet mereka pada ketika itu, website mereka tak akan terus hilang walaupun pelan telah tamat tempoh.
Website mereka akan kekal di webflow.io selagi account Webflow aktif. Akan tetapi domain mereka akan hilang sekiranya tidak renew.
Manakala untuk kategori in-house pula, mereka tidak perlu memikirkan tentang Hosting kerana mereka boleh melanggan sendiri Site Plan yang bersesuaian untuk organisasi mereka.
Jadi dapat disimpulkan di sini, For Freelancer untuk mereka yang develop di Webflow & transfer kepada klien.
Manakala For In-House untuk klien yang menerima transfer dari Freelancer sebentar tadi dan inginkan pasukan dalam syarikat mereka sendiri seperti Copywriter, Marketer, Web Developer dan lain-lain untuk mengurus file (project) Webflow mereka sendiri.
Rumusan
Bagi mengimbas kembali kesemua yang admin tuliskan di atas, ini adalah poin-poin penting:
- Site Plan = Langgan Hosting
- Workspace = Langgan Software Webflow
- Domain tidak disediakan
- Site Plan Basic Tak Berbaloi, langgan Plan CMS dan ke atas
- E-Commerce Webflow terlalu Basic fungsinya.
- E-Commerce Webflow sesuai untuk brand besar yang ada produk simple
- Payment Gateway terhad (Stripe & Paypal).
- Tiada Payment Gateway provider dari Malaysia seperti Toyyibpay & Billplz
- Workspace Plan terbahagi kepada 2. Untuk Kegunaan Freelancer & Untuk Kegunaan Organisasi / Syarikat
Plan Paling Sesuai Mengikut Tahap Kemahiran & Use Case.
Admin sedia maklum di Malaysia, Webflow ini masih asing. Tidak ramai yang tahu atau pernah menggunakannya.
Jadi di sini admin senaraikan plan yang bersesuaian ikut kategori tahap kemahiran & use case.
Tahap Kemahiran
Beginner / Newbie
- Anda mulakan dengan pelan percuma.
- Dalam pelan percuma ini anda diberikan akses ruang untuk belajar
- Terhad 2 projek
- Setiap 1 projek terhad 1 halaman
Intermediate
- Anda telah mahir menggunakan Webflow
- Anda yakin untuk lebih serius menjual / mempromosikan / dah close deal projek baru
- Anda boleh subscribe Freelance Workspace yang berharga 16usd/month.
Advanced Professionals
- Anda telah mahir dan deliver banyak projek
- Anda full-timer kerja sendiri sebagai web designer
- Anda ingin memaparkan portfolio hasil kerja anda secara professional
- Anda perlukan Hosting & Domain untuk personal Branding anda sebagai Web Designer
- Anda ingin mengupah seorang copywriter bagi mengakses website anda sebagai editor dan menulis artikel blog di website anda.
- Anda sesuai melanggan pelan Site Plans CMS (23usd/month)
Advanced Freelance
Anda seperti semua di "Advanced Professionals" kecuali:
- Anda part-timer atau freelancer yang hanya buat kerja Webflow sebagai pendapatan sampingan
- Anda tidak berniat untuk selalu update laman web & tidak menulis blog
- Anda ingin menjimatkan kos kerana anda tidak selalunya akan buat projek website
- Anda sesuai melanggan pelan Workspace For Freelancers, untuk 1 bulan sahaja atau beberapa bulan yang diperlukan untuk anda siapkan website klien. Ini bagi membolehkan anda untuk export code, dan host di mana-mana hosting lain yang lebih murah yuran tahunannya.
* Namun harus diingatkan, code yang di export keluar dari Webflow tidak akan export CMS. Sebagai contoh, jika anda menggunakan CMS bagi memaparkan portfolio anda, kesemua ruang portfolio itu yang sepatutnya ada isi kandungan seperti teks, video, gambar akan menjadi kosong apabila ia di export. Nak juga guna CMS? Anda perlu langgan pelan Site Plans CMS 23usd/month. Atau buat secara duplicate & edit manual halaman demi halaman.
Use Case
Invidual Web Design (Service Provider)
- Anda seorang Web Designer yang berpengalaman menggunakan Web Builder lain.
- Anda ada modal untuk cuba sesuatu yang baharu dengan lebih serius
- Anda ingin menawarkan kualiti website yang lebih outstanding kepada klien.
- Anda juga sesuai untuk mengambil pelan Workspace Freelancer (16usd/month)
Agency Web Design (Service Provider)
- Anda Founder Agensi Web Design.
- Anda telah mencuba pelan Freelancer
- Anda berjaya deliver 1-5 projek Webflow dan klien sangat berpuas hati.
- Anda ingin mengajar pasukan anda dan mengembangkan lagi servis Web Design menggunakan Webflow
- Anda sesuai melanggan pelan Workspace For Agency 35usd/month
Syarikat Besar (In-House Team)
- Anda Syarikat Besar yang ada banyak servis di bawah syarikat anda.
- Anda inginkan setiap servis di bawah syarikat anda memiliki website profesional.
- Anda ada pasukan sendiri yang salah seorang darinya adalah sifu Webflow, dan beliau boleh melatih keseluruhan pasukan anda untuk mengurus setiap website servis-servis syarikat anda.
- Anda sesuai melanggan pelan For in-house team (growth 49usd/month).
Syarikat Startup (Solopreneur)
- Anda sebuah syarikat yang baru bermula yang memerlukan website premium dan bajet terhad untuk mengupah Web Developer
- Anda ada kemahiran Graphic Design, UI Design dan sedikit pengetahuan tentang HTML & CSS
- Anda telah mencuba pelbagai Web Builder tetapi tidak berpuas hati dengan hasilnya
- Ini merupakan Website pertama syarikat anda dan ia sangat memerlukan kualiti premium tanpa modal untuk melonjakkan perniagaan anda dan memberi first impression yang terbaik.
- Anda sesuai melanggan pelan Site Plan CMS 16usd/month & dapatkan cloneable yang premium untuk dijadikan Website pertama anda yang premium.
Senarai harga kesemua pelan langganan Webflow
Site Plans (General)
Langgan Hosting
- Starter (Percuma)
- Basic (RM 784/Setahun)
- CMS (RM 1,288/Setahun)
- Business (RM 2,184/Setahun)
- Enterprise (Perlu berhubung dengan Webflow Sales Support)
Site Plans (E-Commerce)
Langgan Hosting
- Standard (RM 1,624)
- Plus (RM 4,143)
- Advanced (RM 11,868)
Workspace (For in-house teams)
Langgan Software
- Starter (Percuma)
- Core (RM 1,064)
- Growth (RM 2,744)
- Enterprise (Contact Sales)
Workspace (For Freelancers & Agencies)
Langgan Software
- Starter (Percuma)
- Freelancer (RM 896/setahun)
- Agency (RM 1,960/setahun)
Kata Penutup
Bagi kata penutup ini admin ingin menulis pendapat admin tentang harga Webflow yang agak costly dan ramai yang beranggapan ianya mustahil untuk dijual kepada mana-mana syarikat di Malaysia.
Jika ianya mustahil, tak mungkin admin berada di sini sekarang. Bagi admin yang menentukan mustahil atau tidak itu adalah kita sendiri. Jika mustahil yang kita fokuskan, maka mustahil lah jadinya. Jika tiada yang mustahil adalah fokus utama kita, maka kita akan nampak peluang di setiap penjuru, dan membuka minda terhadap strategi apa yang boleh digunakan untuk meyakinkan klien.
Perkara ini admin belajar dengan membaca buku Rich Dad Poor Dad. Di dalam buku ini diajarkan tentang 2 orang bapa yang bermentaliti berbeza. Seorang mentaliti Poor & seorang lagi mentaliti Rich.
Sekecil-kecil perkataan di antara Mustahil vs Peluang sahaja, besar impaknya terhadap bagaimana seseorang itu membuat keputusan dalam hidupnya.
Admin faham sememangnya harga-harga Webflow ini mahal. Tetapi jika kita melihat pada Peluang, kita akan tahu kenapa harganya sebegitu.
Dan apa yang admin belajar sepanjang pengalaman membina website menggunakan Webflow adalah kita telah berada di era digital. Dan jika difikirkan sebenarnya sejak dari dahulu lagi sememangnya cost web development mahal, tetapi tidak efisyen dan lambat untuk dibina.
Di era digital ini banyak kerja-kerja pembinaan gerai fizikal telah berubah kepada gerai digital. Yang membina rumah juga digelar arkitek (UX), kontraktor (Web Developer), Interior Design (UI Design). Ke mana perginya duit yang selama ini dilaburkan untuk membina gerai-gerai fizikal dan mengupah mereka ini?
Pastinya ke tempat baharu yang orang ramai telah beralih itu. Ke mana lagi jika bukan ke sosial media, website, mobile app, e-book dan sebagainya. Jadi jika kita melihat dari sudut Peluang, inilah dia. Terima kasih sudi baca sehingga penamat. Jika anda rasa terinspirasi dengan perkongsian kami & sukakan design website kami, Ini link servis web design kami.
senigrafik.com dikuasakan oleh Webflow.