Teknik Copywriting Piramid Minto
Dalam Teknik Minto Piramid ini, terdapat 3 elemen dalam hirarki Piramid tersebut:
1. Mulakan dengan KONKLUSI
Di awal penulisan terus nyatakan apa output yang audience akan dapat sekiranya mereka membaca sehingga penutup.
Sama ada mesej, cadangan, pendapat atau konklusi anda terhadap hujah yang akan di sampaikan.
Level 1 ini adalah untuk buat pembaca tertarik (hook) dengan menyatakan konklusi yang menarik untuk dikupas dalam Hujah (level 2).
Contohnya,
"Kalau nak masyuk, kena gabungkan dengan ilmu bisnes".
Dengan ayat ini, audience akan tertanya,
"wah menarik ni, apa maksudnya tu? macam mana tu? boleh ke gabungkan dengan Design?".
Bila ada banyak tanda tanya seperti ini, bermakna audience dah tertarik.
2. Nyatakan HUJAH anda
Selepas anda nyatakan konklusi, hujah ini adalah bagi menyokong kenapa anda beri konklusi itu.
Tidak perlu terlalu panjang lebar, biar ringkas & mudah difahami. Malah, adalah lebih baik jika ia dalam bentuk poin.
Level 2 ini apabila audience dah tahu dengan gabungan Bisnes + Design, mereka boleh jual strategi.
Tetapi mereka masih belum pasti sama ada mereka layak atau tidak untuk menjual strategi. Mereka masih kurang keyakinan.
3. Akhir sekali PERINCIAN
Pada peringkat ini, anda mungkin masih perlu memperkuatkan hujah anda dengan maklumat lebih terperinci (detail) seperti fakta, nombor atau seperti kegemaran admin adalah petikan kata-kata dari pemimpin terkenal yang telah berjaya melakukan perkara sama seperti yang dihujahkan.
Level 3 ini anda menjawab persoalan di level 2 tadi dengan menunjukkan apa tanggungjawab seorang yang menjual strategi ini seperti Art Director atau Creative Director.
Ok dah nampak kerja mereka ni perlukan
"mata dan fikiran berpengalaman".
Jadi di sini audience boleh tentukan mereka berkebolehan atau tidak, untuk menjadi seorang yang menjual strategi.
Dan ini menjawab sepenuhnya konklusi (level 1) berkaitan kenapa kena belajar bisnes kalau nak masyuk.
Perincian ini yang menyokong setiap level lain. Di peringkat inilah kita terangkan dengan sebaiknya.
Kesimpulannya
Mungkin kita pernah di ajar cara berlawanan dengan teknik ini, tetapi di Era Digital, teknik Minto Piramid ini lebih efisyen.
Ini kerana limitasi perhatian manusia di era ini semakin terhad.
Kebiasaannya copywriting yang kurang efisyen di era digital ini adalah yang berlawanan dari Minto Piramid.
Iaitu cara penulisan tradisional yang bermula dengan Perincian Informasi di awal pembukaan (Introduction) yang gagal menarik minat pembaca.
Rangkuman
Cara Tradisional
Perincian > Hujah > Konklusi
Cara Piramid Minto
Konklusi > Hujah > Perincian