Transisi Pereka Grafik Kepada Pereka UI/UX, Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Pengenalan
Jika anda seorang pereka grafik dan berfikir untuk bertransisi ke bidang Antaramuka Pengguna (UI/UX), artikel ini mungkin sesuai untuk anda. Antara grafik dan UI/UX terdapat perbezaan yang ketara.
Pada dasarnya, kerja grafik menekankan pada aspek kreatif visual, sementara UI/UX memerlukan penekanan pada pengalaman pengguna yang mengoptimumkan interaksi antara pengguna dan produk. *Produk dalam bidang UI/UX lebih spesifik pada pembinaan Mobile App / Website
Jika anda ingin beralih ke bidang UI/UX, anda boleh memulakan langkah pertama dengan mempelajari alat yang digunakan dalam proses reka bentuk antaramuka pengguna.
Alat Yang Digunakan Pereka UI/UX
Satu alat yang boleh membantu anda mempelajari asas UI/UX adalah Figma. Figma adalah alat reka bentuk antaramuka pengguna yang popular dan mudah digunakan. Anda boleh memulakan perjalanan anda dengan menonton tutorial Figma di YouTube.
Kemahiran Reka Grafik Masih Boleh Digunapakai Dalam UI/UX
Walaupun asas grafik dan UI/UX berbeza, anda masih boleh memanfaatkan kemahiran grafik anda dalam kerjaya UI/UX. Perkara utama yang perlu diberi perhatian dalam bidang UI/UX adalah penamaan layer yang betul, penyediaan styleguide, animasi ringan (interaction), dan komunikasi visual.
Jangan lupa untuk memperkemas ilmu anda dalam aspek ini dengan mempelajari teknik-teknik reka bentuk yang lebih mendalam seperti User Flow, User Journey, User Persona, UX Writing, UX Research, dan Master Component.
Permintaan Pekerja Berkemahiran UI/UX Yang Tinggi
Bidang UI/UX menawarkan banyak peluang pekerjaan yang menguntungkan. Jangan terkejut jika gaji bagi seorang reka bentuk antaramuka pengguna boleh mencapai RM5,000 hingga RM30,000 ke atas.
Ini kerana hasil kerja reka bentuk antaramuka pengguna yang baik dapat membantu meningkatkan pengalaman pengguna dan memastikan kejayaan produk.
Kesimpulan
Akhir kata, jika anda ingin bertransisi dari bidang grafik ke UI/UX, pastikan anda mempunyai semangat dan kemahuan yang tinggi. Belajarlah dengan tekun dan terus meningkatkan kemahiran anda dalam aspek-aspek UI/UX. Siapa tahu, anda mungkin berjaya mencapai tahap kejayaan yang lebih tinggi dalam bidang yang baru ini.